RRETIRangkaian Ekosistem & Transformasi Inovatif
KISAH RETI

Bila guru membantu guru

Pengalaman sebenar komuniti yang menemukan kepakaran, mendapatkan bantuan dan menghasilkan perubahan.

Teman nak kongsi satu kisah yang berlaku dengan website teman yang dah lebih 15 tahun bertahan.

Website tu bukan sekadar website.

Dalam tu ada macam-macam — bahan pengajaran, video, nota, projek, catatan, hasil kerja dan entah berapa banyak lagi benda yang teman sendiri dah lupa pernah letak. Maklumlah… 15 tahun! Kalau manusia dah boleh ada IC, dah boleh mengundi. 😂

Masalah mula timbul bila hosting lama buat hal.
Nak pindahkan website ke hosting baru pula…
Teman tengok masalah tu, teman fikir.
Fikir lagi.
Fikir punya fikir…
Akhirnya teman sampai ke satu kesimpulan:
«“Kalau aku buat sendiri, mungkin cucu aku nanti yang sambung.”»

Bukan tak cuba. Tapi masalahnya bukan sekadar nak pindahkan fail. Ada database, setting, domain, struktur website dan macam-macam benda teknikal yang kalau tersalah tekan, boleh berubah daripada “website bermasalah” menjadi “website bersejarah”.

Dalam kepala teman dah mula terbayang satu lagi pilihan…
Buat semula.
Website baru.
Content baru.
Susun balik.
Upload balik.
Link balik.
Dan kalau ikut kemampuan teman yang dah mula serabut dengan benda teknikal ni, mungkin kerja yang boleh selesai dalam beberapa jam itu boleh bertukar menjadi projek dua tahun. 😅

Nasib baik ada rakan-rakan RETI.
Teman pun minta tolong.
Dan yang paling menarik…
Teman cerita masalah tu.
Deme tengok.
Deme buka.
Deme buat.
Deme check.
Deme pindahkan.
Deme settlekan
Dua jam.

Ya… DUA JAM SAHAJA!
Teman masa tu bukan nak kata apa dah.
Cuma mampu pandang skrin sambil berkata dalam hati:
“Kome buat apa sebenarnya? Aku dah fikir benda ni berbulan!” 😂

Benda yang pada kita nampak macam gunung, kadang-kadang pada orang yang ada kepakaran cuma nampak macam anak bukit yang boleh panjat sambil makan karipap.

Dan di situlah teman belajar satu benda.
Kita tak semestinya kena tahu semua benda.
Kadang-kadang kita cuma perlu tahu siapa yang tahu.
15 tahun content hampir membuatkan teman terfikir untuk bermula dari kosong.

Kalau tak jumpa rakan-rakan RETI, mungkin website tu memang akan jadi projek baru yang mengambil masa entah berapa lama untuk dibina semula.

Sedangkan sebenarnya…
Masalah yang teman fikir boleh makan masa 2 tahun, rupanya boleh selesai dalam 2 jam.

Bukan sebab teman tak pandai.
Tapi sebab teman jumpa orang yang pandai dalam benda yang teman tak pandai.
Dan bagi teman, itulah nilai sebenar RETI.

Bukan sekadar tempat nak tunjuk siapa hebat.
Bukan sekadar kumpulan guru yang ada kemahiran masing-masing.

Tetapi satu ruang untuk kita berkata:
“Aku tak reti benda ni… boleh tolong?”
Dan ada orang menjawab:
“Boleh. Bak sini.”
Itulah kekuatan sebuah komuniti.

Kita mungkin ada ilmu yang berbeza.
Ada yang hebat coding.
Ada yang hebat design.
Ada yang hebat video.
Ada yang hebat AI.
Ada yang hebat pedagogi.
Ada yang hebat buat benda yang kita tengok pun dah pening. 😂
Tapi bila semua kepakaran itu dikongsi, masalah yang nampak besar tadi boleh jadi kecil.

Sebab itu teman percaya…
Kadang-kadang satu pertolongan kecil daripada seorang kawan, mampu menyelamatkan bertahun-tahun usaha orang lain.

Terima kasih rakan-rakan RETI.
Teman mungkin tak mampu balas dengan apa-apa yang besar.

Tapi teman akan ingat satu perkara:
15 tahun usaha hampir hilang arah… dan RETI membantu teman mencari jalan pulang dalam masa 2 jam.

Itu bukan sekadar bantuan teknikal.
Itu namanya kawan. ❤️
Dan kalau ada satu benda yang teman belajar daripada kisah ni:

«Jangan malu untuk berkata “aku tak reti”.
Sebab mungkin di sebelah kita ada orang yang reti… dan dia cuma tunggu kita minta tolong.»

RETI — kita mungkin tak tahu semua benda, tapi kita tak pernah keseorangan.

Hasil / impak2 JAM YANG MENYELAMATKAN 15 TAHUN
Cikgu RomieSMK Sultan AbdullahDibantu oleh Cikgu IK