RRETIRangkaian Ekosistem & Transformasi Inovatif
Gambar profil Ustazah DeeUD
Kinta

Ustazah Dee

Penyelaras DELIMa · SK Jati

Generatif AIChatGPTGeminiNotebookLMGoogle WorkspaceGoogle SitesCanvaKajian TindakanInovasi PendidikanKeselamatan Siber
WhatsAppE-mel
SAYA RETI

Kepakaran

Generatif AIChatGPTGeminiNotebookLMGoogle WorkspaceGoogle SitesCanvaKajian TindakanInovasi PendidikanKeselamatan Siber
GURU BANTU GURU

Saya boleh bantu

Nak buat website sekolah
Nak belajar AI
Nak buat video PdP
Nak buat bahan interaktif
Nak hasilkan inovasi pendidikan
Nak belajar Canva
Nak buat kajian tindakan

Bentuk bantuan

BengkelPenceramahMentoringPLCKolaborasiHakim / JuriPerkongsian BahanProjek Inovasi
TENTANG

Ustazah Dee

Saya Mardiana Kamil, seorang **Google Certified Coach, Guru Peneraju Generasi Digital (GPGD) Google dan Edufluencer KPM 3.0** yang mempunyai minat mendalam terhadap pendidikan digital, inovasi dan penggunaan teknologi dalam PdPc. Saya percaya teknologi bukan sekadar alat, tetapi pemangkin untuk menjadikan pembelajaran lebih menarik, kreatif, bermakna dan relevan dengan keperluan murid masa kini.

Saya berpengalaman membimbing dan berkongsi ilmu dengan guru dalam penggunaan aplikasi Google, AI serta pelbagai platform digital bagi membantu mereka meningkatkan keyakinan dan kemahiran teknologi. Saya juga aktif dalam komuniti pendidikan digital dan sentiasa berusaha membina jaringan kolaborasi bersama guru, sekolah dan komuniti pendidikan.

Dalam membantu guru, saya biasanya menjalankan bengkel, sesi bimbingan, perkongsian amalan terbaik, coaching secara individu atau berkumpulan serta sokongan berterusan. Saya suka membantu guru daripada asas sehingga mereka mampu meneroka dan menghasilkan sesuatu yang lebih kreatif. Bagi saya, kejayaan bukan hanya apabila guru tahu menggunakan teknologi, tetapi apabila mereka mampu mengaplikasikannya dengan yakin untuk memberi impak kepada pembelajaran murid.

Saya sentiasa terbuka untuk berkongsi, belajar dan bekerjasama kerana saya percaya “Jom belajar, jom berkongsi, jom menginspirasi!”

KEPAKARAN TEKNIKAL

Hardware & peralatan

Green Screen