RRETIRangkaian Ekosistem & Transformasi Inovatif
Gambar profil Mohd Firdaus bin KutipMK
Kinta

Mohd Firdaus bin Kutip

Ketua Panitia Pendidikan Islam · SMK Wira Jaya

FilmoraInovasi PendidikanKokurikulum
PROFILE ID
RETI-00011

Gunakan ID ini untuk log masuk dan mengurus profil anda.

SAYA RETI

Kepakaran

FilmoraInovasi PendidikanKokurikulum
GURU BANTU GURU

Saya boleh bantu

✓Nak belajar AI
✓Nak buat video PdP
✓Nak urus YouTube pendidikan
✓Nak hasilkan inovasi pendidikan
✓Nak tingkatkan pengucapan awam

Bentuk bantuan

BengkelPenceramahMentoringPLCHakim / Juri
TENTANG

Mohd Firdaus bin Kutip

Kepakaran utama saya ialah tentang nasyid merangkumi vokal, lagu, lirik, harmoni, susunan muzik perkusi dan ceramah muzikal Pendidikan Islam. "Apabila ilmu dikongsi secara digital, manfaatnya tidak lagi terhad kepada sebuah sekolah, malah mampu membentuk sebuah negara." Pegangan inilah yang menjadi asas perjuangan saya sebagai seorang pendidik dan pencipta kandungan digital. Dengan pengalaman lebih 25 tahun dalam industri muzik nasyid sebagai vokalis In Heart Akademi Nasyid TV9, komposer, penulis lirik, jurulatih, pakar rujuk pertandingan dan penggiat seni tanah air, saya membawa kepakaran tersebut ke dalam dunia pendidikan.
Kepercayaan yang diberikan melalui pelantikan sebagai Edufluencer KPM 4.0 oleh YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan, melalui Delivering Message Unit (DMU), Kementerian Pendidikan (KPM) menjadi titik tolak untuk saya memperluaskan penyampaian ilmu kepada seluruh negara. Sehingga Julai 2026, saya telah membangunkan 128 lebih kandungan digital pendidikan dalam platform DELIMa KPM, selain menghasilkan ratusan kandungan pendidikan melalui TikTok dan YouTube yang menjadi rujukan guru, murid, jurulatih, ibu bapa dan komuniti. Kandungan tersebut merangkumi teknik vokal, sistem penjurian, pemarkahan pertandingan, rentak padang pasir, rentak kontemporari, latihan perkusi, modul grafik, video PdPc, inovasi pembelajaran dan pelbagai bahan sokongan pendidikan yang boleh diakses secara percuma pada bila-bila masa.
Sebagai Jurulatih Utama Nasyid KPM JPN Perak dan hakim nasyid kebangsaan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, saya melihat jurang besar dalam akses kepada ilmu kokurikulum. Tidak semua sekolah mempunyai jurulatih atau pakar nasyid. Justeru, saya mendigitalkan pengalaman dan kepakaran yang diperoleh sepanjang lebih dua dekad dalam industri supaya setiap guru dan murid di Malaysia mempunyai peluang yang sama untuk mempelajari ilmu nasyid secara berkualiti. Hari ini, kandungan digital tersebut dimanfaatkan oleh sekolah-sekolah KPM, institusi pendidikan Islam termasuk Ihtifal KAFA dan Majlis Ihtifal Sekolah-Sekolah Menengah Agama Malaysia (MISSMAM), NGO, kumpulan nasyid serta masyarakat daripada pelbagai peringkat umur.
Namun, impak kandungan digital saya tidak terhad kepada kokurikulum. Selepas bertukar ke SMK Wira Jaya dan dilantik sebagai Ketua Panitia Pendidikan Islam, saya meneruskan inovasi Hybrid Memory yang disokong oleh kandungan digital interaktif bagi membantu murid menguasai komponen Ujian Tilawah al-Quran, Hafazan dan Hadis (UTQH) Pendidikan Islam 1223/2 SPM. Pendekatan ini mengubah kaedah PdPc daripada hafalan konvensional kepada pembelajaran visual, audio dan digital yang lebih tersusun serta menyeronokkan. Hasilnya, murid menunjukkan peningkatan dalam penguasaan hafazan, kelancaran bacaan dan keyakinan semasa pentaksiran. Kejayaan ini membuktikan bahawa kandungan digital bukan sekadar bahan sokongan, malah menjadi pemangkin kepada inovasi PdPc yang meningkatkan kemenjadian murid. Inovasi ini kini sedang diperluas dalam format digital melalui pembangunan Modul MyKBAT dan berpotensi diaplikasikan di sekolah-sekolah Tahfiz Model Ulul Albab (TMUA).
Keunikan kandungan digital yang saya hasilkan turut terletak pada keupayaannya menyatukan pendidikan, seni dan perpaduan. Penglibatan sebagai pemain perkusi dalam persembahan yang menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records, termasuk membimbing seorang murid berbangsa India menyertai persembahan tersebut, membuktikan bahawa muzik mampu menjadi jambatan perpaduan merentas kaum, agama dan budaya. Kandungan permainan alat muzik Dhol yang meraih lebih 118.5 ribu tontonan turut memperlihatkan bagaimana media digital boleh menyemai penghargaan terhadap kepelbagaian budaya dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Usaha ini turut mendapat pengiktirafan apabila video "Ibrah Haji" diterbitkan oleh Unit Komunikasi KPM pada tahun 2025, selain saya berjaya melangkah ke Stage 2 Malaysian Teacher Prize 2025. Semua pengiktirafan ini mengukuhkan keyakinan bahawa kandungan digital yang saya bangunkan bukan sekadar menghasilkan tontonan, tetapi menjadi medium memperkasa PdPc, memperkukuh kokurikulum, membentuk sahsiah murid dan memperluaskan akses kepada ilmu.

Hubungi Mohd Firdaus bin Kutip

Untuk menjaga privasi guru dan mengurangkan spam, sila lengkapkan semakan ringkas ini.